Sudah lama saya x update blog ini, 'rumah' ini seakan telah usang walaupun beberapa minggu lepas saya telah update 'layout'nya. Walaupun begitu, modifikasi terhadap 'rumah' ini tergendala dek kerana 'malas' nak buka code xml yg berjela2 tu untuk mengaktifkan kembali fungsi 'Read More'. Disebabkan saviour tgh exam, so postpone la nk betulkan function 'Read More' tu untuk brp lama lagi ntah.
Kali ni saya nk postkan entry yg ringan sahaja. Baru-baru ini selama sebulan, saya telah berkhidmat sebagai seorang pendidik di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Beseri, Perlis(SRIAT). Ini merupakan kali kedua saya masuk ke sekolah menjadi guru secara 'rasmi' kepada pelajar-pelajar. Kali pertama adalah pada tahun 2006 seingat saya, bersama-sama sahabat saya, Mohd Shafiq Mohd Zakaria menjadi guru ganti selama 2 minggu di SMK Damak, Jerantut, Pahang. Shafiq sekarang juga sedang menjadi pendidik di SAR Hidayah, Perak.(ke dh habis?)
Sepanjang bertugas di SRIAT, banyak pengalaman dikutip, terutama bagaimana menguruskan pelajar-pelajar berumur 12tahun kebawah yang semestinya mempunyai pelbagai kerenah. Pada permulaannya saya agak kekok untuk menghadapi pelajar-pelajar, namun setelah bertanyakan sahabat-sahabat saya dan berbincang dengan guru-guru lain, saya dapat menyesuaikan diri. Sebelum ini, iaitu pada semester semester akhir pengajian saya di universiti, saya ada membuat kelas tusyen untuk pelajar-pelajar UPSR. Kelas tusyen tersebut diadakan atas permintaan orang-orang kampung jiran tetangga rumah sewa saya ketika itu. Saya dapat merasakan perbezaan antara kelas tusyen dan kelas formal disekolah walaupun kedua-dua sasaran adalah pelajar sekolah rendah. Pengalaman yang cukup berharga dan bermakna.
Program tahunan SRIAT pada hujung tahun adalah Majlis Aidul 'Ilmi(lebih kurang majlis penyampaian hadiah). Saya telah ditugaskan sebagai Unit Publisiti & Promosi. Tugas khusus saya adalah menyiapkan sebuah buku program. Sangkaan saya tugas itu adalah mudah, namun setelah diteliti buku-buku program yang lepas, saya mendapati tugas itu agak mencabar. Secara tradisi, kos penerbitan buku program tersebut tidak termasuk dalam bajet program. Saya perlu mendapatkan sponsor-sponsor daripada syarikat-syarikat atau kedai-kedai untuk menampung kos tersebut. Dalam kebingungan saya untuk memulakan tugas, seorang guru lama telah menawarkan diri untuk membantu mencari sponsor, jadi saya boleh tumpu untuk membuat buku prog.
Dateline yang saya tetapkan tidak mencapai sasaran. Disamping masalah maklumat yang tidak mencukupi, saya juga tiba-tiba ditugaskan menyiapkan beberapa kerja untuk Konvokesyen PASTI. Beberapa malam saya tidur lewat, dan kadangkala tidak tidur demi untuk menyiapkan tugasan. Akhirnya...... saya demam, hehe.
Isnin, 10/11/2008, masa untuk saya siapkan buku sudah suntuk, walaupun demam teruk, saya datang juga ke sekolah. Tak banyak saya boleh siapkan ketika itu, lalu tarikh 11/11 juga terpaksa jadi dateline yang terakhir. Pagi Selasa itu saya datang lewat ke sekolah kerana terlebih tidur, dan kerana itu juga saya menerima mesej luahan hati mudir SRIAT dari murabbi saya. Saya merasa bersalah sangat-sangat, namun kerja yang ada tetap diteruskan.

Akhirnya, pada petang itu, semuanya telah siap. Yang tinggal hanya untuk fotostat isi dan compile menjadi sebuah buku. Atas bantuan seorang guru yang lain, beliau menunjukkan kedai yang boleh menyiapkan buku itu dengan cepat. Alhamdulillah.
12 November 2008, Majlis Aidul 'Ilmi berjalan seperti yang dirancang. Kami guru-guru diberikan pakaian khas untuk majlis tersebut. Semuanya kelihatan seragam dan cantik.

Akhirnya, kira-kira jam 12 tengah hari, majlis pun selesai. Sebelum pulang, kami guru-guru mengadakan sesi bergambar.

Ustaz Yaakub Abu Seman, Mudir SRIAT
Bersama Ustaz Taqiudin
Akhirnya, kira-kira jam 12 tengah hari, majlis pun selesai. Sebelum pulang, kami guru-guru mengadakan sesi bergambar.
Guru-Guru SRIAT 2008

Ala, thomey nye cikgu Beduh..
Kui3